KIsah
Lima Perkara Aneh
Abu
Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Di suatu ketika dia
pernah berkata, ayahanda ku menceritakan bahwa antara Nabi-nabi yang bukan
Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka
salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, suatu malam bermimpi
diperintahkan yang berbunyi, “Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada
waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama: apa yang engkau
lihat (hadapi) maka makanlah, kedua: engkau sembunyikan, ketiga: engkau
terimalah, keempat: jangan engkau putuskan harapan, yang kelima: larilah engkau
daripadanya.”
Pada
keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan
kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam.
Nabi itu kebingungan sambil berkata, “Aku diperintahkan memakan pertama aku
hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan.”
Maka
Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya.
Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga
menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya.
Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur
‘Alhamdulillah’.
Kemudian
Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas.
Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun
menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian
ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun
menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka
berkatalah Nabi itu, “Aku telah melaksanakan perintahmu.” Lalu dia pun
meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu
terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika
dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung elang sedang
mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata,
“Wahai Nabi Allah, tolonglah aku.”
Mendengar
rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan
dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung elang itu
pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, “Wahai Nabi Allah, aku sangat
lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau
patahkan harapanku dari rezekiku.”
Nabi
itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, yaitu tidak boleh
putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit
daging pahanya dan diberikan kepada elang itu. Setelah mendapat daging itu, elang
pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas
kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu
dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari
situ kerana tidak tahan menghirup bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah
menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam
itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, “Ya Allah, aku telah
melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka
jelaskanlah kepadaku arti semuanya ini.”
Dalam
mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahwa, “Yang pertama engkau
makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada
akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun
akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua:
semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak
juga. Ketiga: jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat
kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi
membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima: bau yang busuk itu
ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang
sedang duduk berkumpul membuat ghibah.”
Saudara-saudaraku,
kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab
kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita
sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata
hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain.
Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan
pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang
hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu
dia bertanya, “Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak
pernah aku kerjakan di dunia dulu.”
Maka
berkata Allah S.W.T., “Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang
dirimu.” Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu
memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh
kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.
Posting Komentar