Dialog Ar-Rasul
saw. Dengan Abu Dzarr
Diriwayatkan oleh Muhammad bin Al-Husain dari Abu
Idris Al-Khaulani bahawa Abu Dzarr r.a bercerita: di suatu hari aku masuk ke
dalam masjid dan menemui Rasulullah saw. Yang sedang duduk seorang diri,
dan aku pun mendekatinya dan duduk di
sampingnya, lalu terjadilah dialog (soal-jawab di antara beliau dan aku).
1. Aku (Abu Dzarr) bertanya, wahai Rasulullah engkau memerintahkan aku bershalat?
Rasulullah menjawab: Shalat adalah sebaik-baik
perbuatan maka perbanyakkanlah atau sedikit.
2. Abu Dzarr bertanya, Amal
apakah yang paling afdhal?
Rasulullah menjawab : Beriman kepada Allah dan berjihad
fi sabiilih (pada jalanNYA).
3. Abu Dzarr bertanya, Mu’min
yang bagaimanakah yang paling afdhal ?
Rasulullah menjawab : Ialah yang terbaik akhlaknya.
4. Abu Dzarr bertanya, “Muslim
yang bagaimanakah yang paling selamat?
Rasulullah menjawab : Ialah yg menyelamatkan
orang-orang dari gangguan lidahnya dan tangannya.
5. Abu Dzarr bertanya, Hijrah
yg bagaimanakah yang afdhal ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Ialah hijrah dari (meninggalkan)
perbuatan maksiat.
6. Abu Dzarr bertanya, Shalat
yang bagaimanakah yang afdhal ya
Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Berkhusyu’ yang panjang (lama
berdiri).
7. Abu Dzarr bertanya, Hamba-hamba
sahaya manakah yang paling afdhal untuk dimerdekakan?
Rasulullah menjawab: Hamba yang paling mahal
harganya dan yang paling disayang oleh pemiliknya.
8. Abu Dzarr bertanya, Sedekah
yg bagaimanakah yang paling afdhal, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Pemberian dari orang yang masih kekurangan (tidak
kaya) dan pemberian secara rahsia kepada fakir miskin.”
9. Abu Dzarr bertanya, Ayat
apakah di antara ayat-ayat yang diturunkan kepadamu yang paling besar?
Rasulullah menjawab : Ayat Kursi, dan tujuh langit itu
jika dibandingkan dengan Kursi, melainkan seperti sebuah cincin (atau lingkaran
besi) yang berada di tengah-tengah padang pasir dan perbandingan Arasy
terhadap Kursi adalah perbandingan padang pasir itu terhadap
cincin tadi.”
10. Abu Dzarr bertanya, Berapakah
jumlah bilangan Nabi-Nabi ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Seratus dua puluh empat ribu
(124,000)
11. Abu Dzarr bertanya, Berapakah
yg menjadi Rasul di antara mereka ya
Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Sebanyak tiga ratus tiga belas
(313).
12. Abu Dzarr bertanya, Siapakah
yang pertama ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Adam.
13. Abu Dzarr bertanya, Apakah
dia seorang Nabi yang diutus ?
Rasulullah menjawab : Benar, dia diciptakan oleh Allah
dengan tanganNYA ditiupkan ruh ke dalam tubuhnya yang disempurnakan.”
Dan selanjutnya Rasulullah bersabda:
Hai Abu Dzarr, empat dari mereka adalah dari golongan
Siryaniun, Yaitu Adam, Syith, Nuh, dan Idris, Yaitu Nabi pertama yg dapat
menulis dengan pensil. Dan empat Nabi dari keturunan Arab, Yaitu Hud, Syuaib,
Saleh, dan Nabimu, hai Abu Dzarr.
14. Abu Dzarr bertanya, Berapa
kitab telah diturunkan Allah, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Seratus empat kitab (104). Kepada
Syith telah diturunkan lima puluh halaman, Idris tiga puluh halaman, Ibrahim
sepuluh halaman, Musa sebelum Taurat ada sepuluh halaman,
di
samping kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Qur’an.
15.
Abu Dzarr bertanya, Ya Rasulullah apakah isi lembaran
yang diturunkan kepada Ibrahim?
Rasulullah menjawab : Isinya ialah Hai Raja yang berkuasa, dipuji dan sombong,
sesungguhnya AKU tidak mengutusmu untuk mengumpulkan dunia, melonggokkan
sebahagian di atas sebahagian, akan tetapi AKU mengutusmu untuk menerima doanya
orang yang teraniaya agar tidak sampai kepada-KU, kerana AKU tidak akan
mengembalikannya walaupun ia datang dari seorang yang kafir. Seorang yang
bijaksana akan membahagi masanya menjadi beberapa waktu untuk bermunajat kepada
Tuhannya, beberapa waktu untuk bertanya pada dirinya sendiri (muhasabah),
beberapa waktu utk merenungkan ciptaan Allah, dan beberapa waktu lagi untuk
mengurus keperluan makan dan minumnya. Seorang yang bijaksana tidak akan
meributkan (menyibukkan) diri melainkan untuk tiga tujuan: mencari bekal untuk
hari kemudian (Akhirat), mencari nafkah hidup, dan mencari kelazatan yang
halal. Seorang yang bijaksana hendaklah mengenal zamannya, tekun mengurus urusannya, dan menjaga
lidahnya. Dan barangsiapa
yang menyesuaikan bicaranya dengan perbuatan, maka akan jarang berbicara
melainkandalam hal-hal yang mengenai dirinya.”
16. Abu Dzarr bertanya, Apakah
isi lembaran-lembaran yang diturunkan ke atas Musa ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Isinya adalah semua peringatan
dan ibarah aku heran dari orang yang yakin akan mati bagaimana ia dapat
bersuka-ria, aku hairan dari orang yang yakin dgn adanya takdir bagaimana ia membanting
tulang bekerja, aku hairan dari orang yang melihat keadaan dunia yang selalu
berubah bagaimana ia dapat tenang mempercayainya dan aku hairan dari orang yang
yakin adanya hari hisab besok, bagaimana ia enggan beramal.
17. Abu Dzarr bertanya, Ya
Rasulullah apakah ada yg sampai kpd kita sesuatu yg dulu ada di tangan Ibrahim
dan Musa, dan apakah yg diturunkan Allah kepadamu?”
Rasulullah menjawab : Ada, cobalah baca hai Abu
Dzarr, ‘Sesungguhnya beruntunglah orang yg membersihkan diri (dengan beriman)
dan ia ingat akan nama Tuhannya, lalu ia bersembahyang. Tetapi kamu (orang2
kafir) memilih kehidupan duniawi. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik
dan lebih kekal.’ Sesungguhnya ini benar2 terdapat dalam kitab2 yg dahulu
(iaitu) kitab2 Ibrahim dan Musa.”
18. Abu Dzarr bertanya, Apakah
wasiatmu kepadaku, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Hendaklah engkau bertaqwa
kepada Allah,kerana itu (taqwa) adalah pokok segala urusanmu.
19. Abu Dzarr bertanya, Apa lagi
ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Bacalah Al-Qur’an dan
berzikirlah (ingatlah) kepada Allah, kerana itu akan menjadi zikir buatmu di
langit dan cahaya bagimu di dunia.
20. Abu Dzarr bertanya, Apa
lagi, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Hindarilah banyak ketawa,
kerana itu mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajah.
21. Abu Dzarr bertanya, Apa
lagi, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Laksanakanlah kewajipan berjihad,
kerana itu merupakan kerahiban perjuangan bagi umatku.
22. Abu Dzarr bertanya, Apa
lagi, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Hendaklah engkau selalu diam
(tidak bercakap) melainkan untuk kebaikan, kerana itu dapat mengusir syaitan
dan dapat menolongmu dalam urusan agamamu.
23. Abu Dzarr bertanya, Apa
lagi, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Lihatlah kepada orang yg di
bawahmu dan janganlah melihat orang yg berada di atasmu, agar engkau tidak
memandang rendah akan nikmat yg Allah berikan kepadamu.
24. Abu Dzarr bertanya, Apa
lagi, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Cintailah orang-orang fakir
miskin dan duduklah bersama-sama mereka, agar engkau tidak memandang rendah dan
kecil nikmat Allah kepadamu.
25. Abu Dzarr bertanya, Apa
lagi, ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Hubungilah kerabatmu, walaupun
mereka memutuskan hubungannya dengan engkau.
26. Abu Dzarr bertanya, Apa lagi
ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Katakanlah apa yang haq (yg
benar) walaupun itu merupakan hal yg pahit.
27. Abu Dzarr bertanya, Apa lagi
ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab: Janganlah engkau takut dicerca
orang kerana membela agama Allah.
28. Abu Dzarr bertanya, Apa lagi
ya Rasulullah?
Rasulullah menjawab : Apa yang engkau ketahui tentang
dirimu akan mencegahmu mencampuri urusan orang lain dan janganlah engkau
sesalkan bahawa orang tidak melakukan apa yg engkau sukai. Dan cukup sebagai
aib bahwa engkau mengetahui tentang orang lain apa yg engkau tidak mengetahui
tentang dirimu sendiri.
Kemudian Rasulullah saw. memukul dadaku dengan
tangannya seraya bersabda: “Tiada
aqal seperti kebijaksanaan, tiada wara’ seperti memahami diri dan tiada
kebanggaan seperti akhlak yang baik.”
Posting Komentar