Dialog Rasulullah
Dengan Iblis
Rasullullah shallallahu ‘alahi wassalam pernah bertanya kepada
Iblis “ Wahai Iblis! Apakah ikhtiarmu ke pada umatku. Sesungguhnya aku telah dibangkitkan
untuk menyelamatkan semua umat manusia agar beriman kepada Allah S.W.T.
Jawab Iblis: Ya Rasullullah, dan demi kemuliaanmu aku akan
bersungguh-sungguh menyesatkan umat manusia dari mengikuti ajaranmu. akan aku campurkan
lelaki dengan wanita supaya mudah aku mencelah di tengahnya.
Tanya Rasullullah lagi: Wahai Iblis! Apa lagi yang engkau
musykilkan?
Jawab Iblis: Ya Muhammad, Sebenarnya aku amat heran dengan sikap umatmu
dalam dua perkara yaitu :
Pertama : Mereka mengakui menyintai Allah S.W.T tetapi pada masa
yg sama mereka masih melakukan maksiat dan perbuatan munkar. Dan yang kedua,
mereka sangat benci akan tabiatku tetapi mereka masih mahu mengikut segala
hasutanku.”
Firman Allah kepada Iblis: memangnya engkau adalah makhluk
terkutuk, sungguh demi kemuliaanKu akan Aku berikan kepada umat Muhammad dua
kegembiraan yiaitu : kecintaan mereka terhadapKu akan Aku jadikan penebus dosa
di atas kesalahan yg telah mereka lakukan kerana helahmu. Kedua, marahnya
mereka terhadapmu akan Aku jadikan penebus dosa bagi maksiat yg telah mereka
lakukan…”
Maka tercenganglah Iblis mendengar penjelasan sedemikian dari
Allah S.W.T. Sedarlah Iblis bahwa umat Muhammad adalah umat yang disayangi
Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Posting Komentar